Friday, July 4, 2014

Produk kecantikan muka nowdays ( Set collagen Vit E Vs Nour Ain )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ni aku telah membangkitkan topik tentang produk kecantikan di group2 WhatsApp aku. Hihi. Tujuan nya aku nak beralih arah laaa kawan! Bukan apa, cuma nak guna produk yang diyakini Halal, suci, bersih dan selamat daripada sebarang kesan negatif sama ada dalam jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang!

Dulu-dulu masa zaman persekolahan dan zaman matriik, aku pakai produk kecantikan Safi Balqis. memang tadak side effect apa2 la baqhang kan, tapi tuh la, sekali muka aku sunburn memey dok lagu tuh jea la, lambat sangat sangat nak elok balik.

Nah.. ini dia my face masa zaman matrik 2012. Macam tak caya jea muka aku dulu cenggini kan? Nampak benar tak jaga nya pon! HAHA. Dulu apa aku tau, mana reti nak melawa-melawa ni, tak sempatnya, Kadang2 tak pakai pon krim safi balqis tuh, main taruk bedak gitu jea. Lagi lah dok berjemur bawah matahari, mau terbakar kulit aku. Dulu memang kulit muka aku gelap, terbakar, kusam, nampak tak bermaya dan semuanya la. Omey celah mana pon taktau la, tak nampak pon :p HAHA


Start masuk zaman uni pulak, aku still go on dengan Safi Balqis tuh jea. And that time, memang muka aku pon still dop elok pon. kalau awal pagi, baru lepas mandi, pakai krim, sapu bedak elok laaa SATTTT. SATTT JEA, after sejam ka, kembali la kepada asal muka aku yang kusam and terbakor tuh. Tapi JERAWAT memang muka tak ada, jarang laa ada. Kalau ada pon sebiji dua ja dalam sebulan, tuh pon JARANG SANGAT2. But muka kusam and gelap tuh yes. Eeeee.. comot gila boleh dak? T_T


And then masa bulan 8, 2013 kot kalau tak silap lah aku start pakai Set Collagen Vit E. Aku beli secara online kat satu page Facebook ni. ( Nama dirahsiakan. HAHA! ) Macam mana aku boleh terjebak dengan benda ni sebabnya, ada saudara aku yang rekemen kat aku, dia cakap kawan dia ada pakai, memang amat berkesan, depa sendiri nampak perubahan kat muka kawan dia tuh. Okay, so disebabkan muka ku yg terbakaq ni, apa lagi, mencuba nasib la kan. Mana tau berkesan juga kat aku ke. sebab produk kecantikan ni tak semua kulit muka sesuai actually. 

Okay, harga sebenar set tuh adalah RM40.. Tapi aku boleh dapat harga RM25 from someone ni, dia cakap dia sendiri pakai juga and memang dia jual ori punya lah apa lah, and ia amat berkesan la apa la kan and bla bla blaaa.... 
................................

Dipendekkan cerita, setelah aku pakai dalam hampir 3 bulan lah, nothing perubahan pon, nak kata makin cerah tak pon, just jerawat jea tak naik ha.. And that time krim siang aku nak habis dah, sabun still ada lagi, so nak repeat order la, tapi bukan kat saler yang sama, sebab kebetulan ada akak senior aku jual produk tuh, so aku beli dari dia dengan harga RM30. AND...... bila aku dah dapat produk tuh dari akak senior aku, aku tengok asal lah warna dia ni lain benor, berbeza dengan yang aku pakai sebelum ni, so aku bandingkan kedua-duanya, and ternyata memang berbeza dari segi warna apa semua, RUPA-RUPANYA, aku sudah terbeli dan TERGUNA produk yang tiruan yang dibeli secara online dan yang dikatakan oleh saler tuh bahawa ianya oriiiii. So konklusinya di sini, jangan mudah percaya pada produk dibeli secara online nah. 

Dipendekkan cerita lagi, bila aku pakai yang ori punya ni, my face makin hari makin cerah, itu yang aku perasan la, and some of my friends pon ada yang tegur. Masa balik cuti pon, ada jiran tegur. Aku siap promote lagi kat dia walaupun aku tak jual pon. haha. Sebab benda murah and berkesan, sapa yang taknak share kan? Memang terasa berbeza lah krim yang ori and tiruan, yang tiruan bila pakai muka berpeluh berminyak, tapi yang ori muka mantain ja, memnag tak berminyak, padahal before this muka aku ni amat berminyak. 

Kisah sedihnya, bila benda ni dah berkesan dan ramai orang telah mula menggunakannya, mula la timbul al kisah tentang keburukan produk ni iaitu effect untuk long-term, and ada la kat facebook orang duk share pasai gadis meninggal dunia sebab kanser kulit akibat pakai produk ni. Hmm macam-macam lah kan. But that time aku macam nak caya tak nak caya ja gitu. Aku pikir, depa yang buat cerita ni sebab nak jatuhkan produk tuh. And aku still go on guna produk ni sampai la aku masuk semester 4. 


Ini gambar aku masa habis cuti midsem. Time ni aku cuba stop kejap dari pakai produk tuh, sebab makin sakan mendengar cerita negatif pasai produk tuh, and aku sendiri rasa ianya betul. Kalau uolls nak tahu, pergi la search sendiri. hihi. Malas mau tulis banyak-banyak dah pasal produk ni. Effect pertama yang dapat dikesan adalah selepas stop guna produk ni, muka uolls yang sebelum ni flawless habis akan dihuni oleh jerawat-2 kecik merah-2, macam bukan jerawat pon yea jugak, entah laa biji merah apa kan, banyak tuh ha kat dahi aku. And then makin dibiarkan makin teruk, habis muka aku rasa macam makin gelap makin kering. So aku yang degil ni pi repeat order lagi kat akak tuh. HAHA. sambung pakai balik -______-

The happy moment is, I get back my beauty face. *grrr! muntahHijau! :p 


Tapi kali ni, pada masa yang sama aku ada consume Double Stemcell. Ia memang bagus untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran. Haaaaa yang ni, aku ada jual. Aku jadi agen from seorang sales leader yang Phytoscience yang telah berjaya. So I can get a lower price from her, which is I dapat pakej student. 4 paket of Double Stemcell just about RM2XX only! Murah sangat nah. yang tuh nanti kita citer lain =D


Again, aku pendekkan cerita lagi, now aku tengah cuti semester, and bila kat rumah aku dah stop pakai produk tuh, sebabnya bukan aku kuar gi mana pon, and muka pon tak terdedah dengan matahari pon. And aku ambik keputusan nak STOP TERUS dari guna produk tuh. and I did it =D

So aku survey sana sini, aku terjumpa produk Nour Ain. Terasa lebih yakin kerana ianya Halal dan buatan Malaysia dan orang Islam lagi youuuu. Bukan produk yang diimport dari luar negara and then repackaging bagai tuh. Ini kilang dia ada kat Kedah jea. Harga dia RM52 untuk set 3 in 1. For the first time, biar lah cuba yang ni kan, haha sebenarnya tak mampu nak beli set 5 in 1 tuh. Mahal nau.... O_o Dah laa iolls ni tidak bergaji. Mana mau cekau duit. Nak mintak mak bapak sebab nak melawa untuk muka sendiri, memang tak la.. Segan iolls weh... 


Apa pon, aku sangat bersyukur kerana muka aku tiada masalah yang teruk, tapi kita kena la jugak jaga muka kan... and I hope kali ni Nour Ain pon sesuai dengan aku and tiada sebarang negatif effect =D

Okay itu sahaja untuk kali ni. Panjang pulak celotehnya, itu pon sudah dipendekkan-2 =P 
Assalamualaikum......

No comments: