Saturday, April 6, 2013

11 Random Event/Peristiwa/Aktiviti

Assalamualaikum wbt dan hello hello :]

Lama kan aku tak muncul di belog nie. Silap hari bulan belog nie pun bakal menerima nasib yang sama seperti belog yang dahulunya. kih kih kih. Al maklum lah tuan awak nie TERLEBIH SANGAT RAJIN nya pun!

FUUHHHH !!!! Lepaskan nafas lega. Kenapa? Sebab nya dah mula dah cuti midsem selama SEMINGGU ni. SEMINGGU jea okey.. Aku balik rumah petang semalam. Itu pun sebab tadak kelas cancel, FULL ! so terpaksa laa rajinkan diri pergi kelas, even hanya jasad jea yang ada kat kelas. TAPI, MAAFKAN ADIK, BAPAK MAMA!  Sebab TER-ponteng kelas tengah hari. -.- Padahal aku tahu memang salah, sebab 2 hari yang lalu aku siap kasi ceramah free kat Ayu dan Liya. At last aku jugak ponteng! HAHA. Dengan alasan aku nak basuh baju, so taknak laa nanti kalut-kalut nak siap semua, then nak pi tunggu kat DKG 1 lagi. Haihh kalut kalut. Yang tak boleh blah Ayu ngan Liya pon ponteng kelas petang depa. HAHA. Ayu dengan alasan seperti aku. Liya pulak dengan alasan fesbuk dia kena hack. HAHA. Lawak deh~

Err, last entry aku is pada 19 February. Now sudah 5 April. Wooww... Lebih kurang 1 bulan lebih dah aku menyepi dari alam kehidupan belogingggg! Sepanjang penyepian aku tuh, macam macam lah aktiviti, program or pape jea laa yang aku join. Ada laa macam macam peristiwa happy sedih marah geram lawak semua lah yang terjadi. Itu semua kan normal, roda-roda kehidupan :]

Let's me list down serba sedikit event / aktiviti / peristiwa yang terjadi :-

1. Puncak Vista
For the first time in Semester 2, kami bertiga keluar beriadah di waktu petang, Jogging-2 then pi Puncak Vista. Hirup udara segar di sana. So ni merupakan kali kedua lah aku sampai Puncak Vista ni. Tapi, ini lah satu satunya hari utk semester 2 kami keluar riadah. Isyh teruknyaa.. Mana nya perut tak buncet! Oppsss! HAHA. AYU!!! LIYA!!! Rajin rajinkan lah diri untuk keluar beriadah ngan aku. Kesian aku tadak geng nak beriadah petang petang. -.-'

2. FAB'S BBQ Night
FABS ni untuk budak budak kos Banking and Finance. (if i'm not mistaken lah.) Tapi boleh jea budak budak kos lain macam kos aku ni nak join.. hik3. Join pun sebab Ayu and Liya yang ajak. :p 

3. Embun Dingin Steamboat, Perlis.
For second time :] Satu kepala RM10.00 only(tidak termasuk minuman). Makan Sampai Muntah! Memang gila gila punya makan lah kan. HAHA. Ambik sampai 3 round! Tudiaaaa.... Sampai penat nak makan. Padan Muka! HAHA. Apapun, Alhamdulillah kenyang. Thanks kak ika drive kami sampai situ, walaupun penunjuk arah ni gelong sikit malam tuh. HAHA. have fun with you all girls :]

4. Pendang Lake Resort. CDC Team Building.
With my group :] We are number Four ! Macam macam aktiviti telah dijalankan sepanjang program 3 Hari 2 Malam tuh. Best lah, sebab tak stress pun tau. Daripada ahli ahli CDC team tak kenal aku, Liya and Ayu pun depa jadi kenal. Yela, event event CDC sebelum ni kitorang asyik tak join jea tau. Teruk betul. Tapi disebabkan berkat keluarkan RM70 untuk baju korporat CDC ni, so nak taknak kami kena lah selalu rajinkan diri aktifkan diri join event CDC ni. Dah laa baju korporat colour KUNING PEKAT gitu! erghhh =..= sukernyer titew!
3 hari 2 malam di PLR bersama 2 orang kawan rapat :]

5. CDC's BBQ night di rumah Kak Nurly, SME Bank, Bukit Kachi.
BBQ ni untuk ahli ahli yang join Team Building kat Pendang tuh jea. So sapa yang tak pi Pendang, tak dijemput laaa.. hihiii... blurrrppp Alhamdulillah kenyang. SODAP :]

6.  KFC Changlun.
Untuk kali ke berapa kali entah laa datang sini. Time ni just keluar pi changlun jea mampu. Dengan niat utama nak beli BUKU. Tapi biasalah alang alang keluar, keluar laa sungguh sungguh. Means beli la apa yang rasa nak beli dan patut dibeli :p

7. Januari, Februari, Mac, April, Mei dan Jun Birthday Celebration With CDC team.

Thank You So Much CDC Team! Terbaik lah :D

8. Jitra Mall
Ini Jersey Kami. HAHA. Cantik tak? Cantik kan? Bila dah beli baru perasan dah macam warna bendera Selangor daaa.. HOHO. Okay, sebenarnya tak plan pun nak pi Jitra Mall, Plan nak pi PMC (Pasar Malam Changlun) jea.. Tetiba Liya laa ni ajak pi Jitra terus hah... Elok lah, memang aku pun nak pi perbetul jam. Ngek betoi peniaga kat tapak eskpo tuh, bukak jam aku tak reti tutup balik. huhh -.-

9. Greenish Day
Haaa for this semester, jadual kelas aku majoriti sama dengan dua orang ni. Tambah tambah si Qira ni, yang pakai tudung corak corak tuh. Semua kelas sama, kecuali 1 kelas jea beza, kelas marketing, sebab sem 1 dia dah ambik dah. Sorang lagi tuh, nama nya Sakinah. Orang panggil dia Kina. Tapi kami panggil dia Kina Penyamun. haha Melawak melawak kami tiga jea noh. haa Dia orang sabah bah :]

10. Candy Land
Candy Land yang dalam imaginasi aku banyak gerai gerai Candy/Chocolate. Tapi indah imaginasi daripada rupa. HAHAHAMPEH =/ Anyway decoration dia jea cantik lebih.

11. Autumn at Sin-TOKYO
Geram aku tengok pokok pokok depan blok aku ni. 
Semua dihiasi bunga bunga kuning. Sangat indah :]

Okey lah, I think itu saja kot yang aku nak kongsi. Actually banyak lagi. tapi dah malas! HAHA. So tunggu jea lah untuk next entry. Dah ngantok. dah letih menaip. hee.. Oh yeah for the next entry, In Shaa Allah, i will update about gathering with A2P1's Juniors. Maybe! Good night world. Assalamualaikum =]

P/S : Rindu H sangat sangat rindu! Entah bila laa kita berpeluang untuk jumpa T_T Kawan kawan yang lain semua dapat jumpa tersayang depa, tak seminggu sekali pun, sebulan sekali, tak pun dua bulan sekali, tak pun ada yang hari hari jumpa. Jelossssss nya! Kita dah dekat 1 tahun tak jumpa ='[ IMISSYOUSOMUCH!

No comments: