Monday, January 14, 2013

Rumah manis rumah..

Assalamualaikum....

Halloooohaii? =] Alhamdulillah seharian ni aku selamat berada di rumah manis rumah. hihi. Semalam habis habis jea paper asas keusahawanan, aku terus balik rumah tau.. iyeaaa, terus balik tak buat dah benda lain, tuptup sampai dah kat rumah. *Okay tiputipu....heeee..

Dengan rasminya, tamat sudah lah pengajian aku untuk semester 1 ni... So apa perancangan for this semester break? hurmmm. NOTHING kott! Tapi yang bestnya kan bila dah dapat balik rumah ni, of course laa bab makan. Tak perlu kalut nak pi beli makan benda yang sama jea.. Balik-2 makan nasi kerabu laa, nasi tomato laa... nasi campur petro laaa.. nasi campur kat misc laa, tapi misc sedap! just JAUH jaaa dari dpp aku. so mahu tak mahu, layan nasi kerabu jea..

Ini lah nasi kerabu nya.. SODAP ouh!
 pluss harga boleh tahan RM3.50 sahaja lagipun banyak. 
Memang kenyang ^_^v

TAPI, bila dah balik rumah, no more nasi kerabu meh. 

Ni juadah yang aku makan untuk hari ini. nyum nyum. walaupun lauk simple, tapi secukup rasa. HAHA.
 kat U susah nak dapat makanan yang kena ngan taste aku. ada pun sesetengah jea. lagipun, biasa lah,
"Makanan paling sedap di dunia ni, of course lah masakan mak kita sendiri kan" :D

Sempat jugak balik rumah ni aku melantak buah motan and dokong. kalau dapat durian sure lagi best. KALAU is KALAU okay... hohoook.

Okayy, itu sahaja kot untuk hari ni. Esok-2 aku post tentang life aku di uni maybe :] bubyeeee !

No comments: