Tuesday, January 29, 2013

Never Give Up Guys :]

Assalamualaikum dan hello hello :]

Hari yang sangat panas, always panas di sini, jarang-jarang sekali hujan. Kalau hujan, wah indahnya dunia, boleh tidur. Eh! Haha. Hari ni, dari pukul 10 pagi sampai 6 petang japgi, umah aku takdop air, esok pulak 10 pagi sampai 6 petang jugak takdop elektrik pulak deh. Ni semua gara-gara rumah baru di sebelah taman aku laa ni. Tadak air boleh tahan lagi kot, kalau tadak elektrik, Ya Allah dah la cuaca sini panas sangat-sangat. Aku ngan mama duk umah laa merana menanggung. Sooooooo, dengan suka cita nya aku ajak mama keluar jenjalan esok. hik3!

About my soal hati, Alhamdulillah hari demi hari, masa demi masa semakin sehat semakin bahagia... InsyaAllah, masing-masing akan belajar daripada kesilapan.. Mungkin dugaan ujian yang dilalui ni la yang akan mengajar kita erti kesabaran, erti ketabahan, erti kekuatan yang harus ada dalam diri setiap insan. Tambah-tambah untuk hubungan cinta jarak jauh. Sangat-sangat memerlukan semua itu. Kita juga diberi ujian sebab Allah sayangkan kita. Sebab tuh laa Dia nak test hamba hamba Nya sama ada kita ni kuat ke tak, or maybe sebab kita lalai terhadap Nya, so Dia uji kita supaya kita kembali ke jalan Nya , kembali mencari jalan penyelesaian melalui DOA. Doa itu kan senjata mukmim :] Dan supaya kita sentiasa ingat kepadaNya tika susah dan senang kita. InsyaAllah...


Masa kebosanan melanda diri aku ini, aku godek godek dekat fesbuk tuh, then aku terbaca something yang agak interesting bagi aku, dan maybe agak berguna untuk berkongsi bersama yang lain, 


Dapat kita simpulkan di sini bahawa jangan kerana kita pernah menagalami beberapa kali pengalaman pahit, kita sudah mula mengaku kalah dan berputus asa dengan apa yang kita lakukan. Tidak kira lah dalam soal cinta, pelajaran, pekerjaan, persahabatan dan lain lain. Sebenarnya KEGAGALAN itulah yang akan membawa KEJAYAAN kepada kita suatu hari nanti. InsyaAllah. So walau besar mana pun dugaan yang kita hadapi, jangan sesekali mengaku kalah, teruskan usaha, tingkatkan lagi usaha, InsyaAllah kejayaan, kebahagiaan akan menjadi milik kita.. Amiin :] 

~ Never Give Up Guys ! ~
#http://www.facebook.com/pages/Iloveyou/184306678282695

No comments: