Takdir.
Jika Tuhan inginkan ia berlaku, ia pasti berlaku.
Terima lah dengan redha.
Jangan tolak takdir.
Segala yang berlaku bukan disengajakan, ia pasti ada hikmah.
Jangan salahkan diri.
Jangan salahkan siapa siapa.
Setiap makhluk Tuhan itu tidak sempurna.
Aku sedih. Aku simpati.
Melihat keadaanmu yang luka sana sini.
Aku salahkan diri aku.
Kalau bukan aku minta, pasti tidak terjadi.
Namun semua telah terjadi.
Itulah takdir.
Semoga engkau cepat sembuh.
Aku tahu, aku rindu, aku sayang, aku cinta pada mu.
Jagalah dirimu sayang.
Hatiku kuat mengatakan engkaulah jodoh terbaik untuk aku.
Andai aku salah, maafkan aku.
Andai aku alpa, ingatkan aku.
Sama sama kita menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.
Love you, AH.
Nini Celup's Belog
Tuesday, August 19, 2014
Monday, July 14, 2014
FIFA World Cup 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Ramadhan dan salam subuh serta salam Germany.
Anyway, this entry just wanna wish CONGRATULATION to the Germany for being the champion of FIFA World Cup for this year, 2014! Congratsssss!
Salam Ramadhan dan salam subuh serta salam Germany.
Anyway, this entry just wanna wish CONGRATULATION to the Germany for being the champion of FIFA World Cup for this year, 2014! Congratsssss!
Friday, July 11, 2014
Makaroni Cheese Bakar
Assalamualaikum dan salam sejahtera =]
Okay hari ni mood rajin nak update blog ni. hihii. Lama sangat kan tak update. Okay, entry kali ni seperti tajuknya, iaitu aku nak share cara-cara aku masak makaroni bakar. Tapi ni resipi and step yang aku masak untuk hari ni lah. Paling simple, sebab bahan tak banyak kat rumah, kalau nak lagi sedap lagi boleh la tambah sayur apa yang patut and bahan apa yang patut yea. Sos buat sendiri kan sonang, takyah nak beli. Haha. Kalau nak cepat beli la sos Kimball tuh. Pon sedap dan MURAH dan HALAL semestinya.
Okay, lets start it !
Resipi Makaroni Bakar
Bahan-bahan :
- Makaroni satu mangkuk kecik
- 1 Biji Bawang Merah (Potong Dam)
- 2 Ulas Bawang Putih (Potong Dam)
- 1/2 Lobak Merah (Hiris nipis-2, pakai pisau buang kulit buah tuh jea senang)
- 4 Biji Tomato ( 2 Biji Blend dan lagi 2 potong dam)
- 2 Keping Daging Burger (Potong Dam atau hancurkan ja)
- 2 Sudu Sambal (Cili Giling yang dah siap masak, tak masak pon takpa, boleh jea)
- 2 Sudu Sos Tomato
- Garam secukup rasa
- Gula jika perlu
- Minyak Masak
Cara-cara Masak Sos Makaroni :
- Panaskan minyak seperti biasa, dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan daging yang telah dihancurkan tuh yea. Goreng sampai daging tuh masak yea. Kasi garing sikit nah.
- Lepas tuh masukkan tomato yang telah diblend tuh, sambal merah, sos tomato. Kacau kasi rata, then uolls masukkan la garam yea secukup rasa, nak kasi manis sikit letak ja gula sikit okay.
- Next, boleh lah masukkan lobak merah and tomato ya.
- Biarkan ia masak seketika sehingga dah mendidih tuh, boleh lah tutup api! Tadaaaaa, dah siap untuk part sos dia. ( Boleh juga makan bersama spaghetti ya)
Lepas tuh, jangan lupa plak rebus makaroni tuh yea. Hahaa, kunk ditaruknya keras-keras gitu, haaaa jenuh. Masa rebus tuh, letak air and minyak sikit yea supaya makaroni tuh tidak saling melekat. And letak garam sikit, kasi masin sikit makaroni tuh yea.
Okay now, tiba masanya untuk bakaq pulak nah. Kali ni aku bakaq pakai pemanggang ajaib ni ja mudah dan selamat. Before ni pakai oven. Ni kira kali ketiga aku masak makaroni bakaq. First time buat tidak menjadi, HAHAHA. Sebabnya kuah sikit, then aku buat makaroni banyak sangat! So tawaq hebiaq laaaa baqhang! So kali kedua ketiga and seterusnya kena pandai bajet lah kan.
But this time aku buat cara lain sikit lah. Sebab aku ni suka sangat try and error gitu. Ikut suka hati aku la nak masak macam mana kan. Kena ubah-ubah startegi masak sikit supaya lagi ada ummppphh!
Bahan-bahan tambahan :
- Majerin
- Sos makaroni (Asingkan sikit sebelum goreng dgn makaroni tuh)
- Makaroni yang siap digoreng
- 2 biji telur yang siap dipukul
- Cheese yang dipotong menjalur
- Oregano
- daun sup potong kecik2 nahhh
Okay2, mula-2 sapukan majerin di sekeliling permukaan periuk tuh yea. Lepas tuh letakkan sos makaroni untuk first layer dulu, pastuh baru letak makaroni yang telah digoreng dengan sos dia. Then pukul sebiji telur, and tuang atas makaroni tuh, sebagai gam dia lah supaya lebih lekat.
- Potong cheese secara menjalur, dan susun atas makaroni.
- Tabur Oregano dan daun sup supaya lagi wangi dan sodap.
- And bakar lebih kurang 40-45 minit dengan api yang kecil sahaja yea.
SIAP! Selamat Mencuba! =]



